Kembang Wali (Syabab Zuhuur Awliyak)

 


ABOUT ME


Razali Bin Hassan
Singapore
Master of Pencak Silat Kembang Wali.
View my complete profile


LINKS

pencak silat
persisi
persilat
kidi
nur alhayat
hikam
al-risalah
istilah-istilah tasauf
suluk
martabat tujuh
sufi islam
yaya

 


October 11, 2009
ANTARA PRINSIP PENTING DALAM BERGURU

Pesanan Dariku 6

ANTARA PRINSIP PENTING DALAM BERGURU

Wahai anak-anakku,

Berpeganglah pada kalimah La illah ha ilahLah ia adalah kalimah pembebasan, kalimah yang membawa manusia dari kesempatan dunia kepada keluasan akhirat, dari kesempatan ikatan dunia, makhluk, nafsu dan syaitan kepada keluasan Alam KeTuhanan.

Sesiapa yang dihatinya terikat dengan empat pekara tadi tidak akan merasai kemanisan makrifat. Dia akan terus buta dengan Tuhannya yang nyata, dia tidak tidak merasai Tuhan sentiasa bersamanya kerana hatinya, bersama dengan makhluk pada setiap masa, Hati yang kebal dengan cahaya cintanya pada Allah SWT, tiada apa yang boleh menembusinya, segalanya hanyalah ditangan tidak pada hati.

Firman Tuhan dalam hadis Qudsi:
”Sesiapa yang berada dalam kota-ku, ia breada dalam penjagaan-ku”.

Banyakkan menyebut kalimah Tauhid tadi agar ia betul-betul menyerap ke dalam hati, Apabilah cahayah kalimah tidak bernar-bernar meresap ke dalam hatinya, akan tercabut sedikit demi sedikit segalah karat-karat jahiliah, mazmumah, maka jadilah hatinya lembut dan dapat merasai kemanisan Asma’ Allah SWT.

Merasai asyik dengan Allah adalah pintu untuk ke gerebang fana’ fiLlah. Fana fiLah adalah pintu kepada gerbang Makrifatullah. Untuk memahami tanjakan penghalang dan tipu daya galam menuju Allah, kamu perlu memiliki dan memahami kitab Minhajul Abidin karangan Imam AL-Ghazali rahaimahuLlah. Kitab ini sudah diterjemah kepada Bahasa Melayu moden yang mudah kamu fahami apabilah dibaca. Mudah-mudahan Allah SWT memberi pahalah yang banyak kepada penterjemahnya diatas usahanya yang amat mulia itu.

Saya berpesan kepada anak-anakku yang ingin menuntut ilmu, jika kamu menuntut Ilmu dan ingin benar merasai limpahannya, jagahlah adap kamu dalam perguruan, taat segala arahan peraturan yang diberikan olen guru kamu atau wakilnya. Jagalah adapmu supaya tidak mengguriskan perasaannya, kerana bagaimanakah dia dapat melimpahkan ilmunya jika perasannya terluka terhadapmu.
Jangan kamu bersifat bodoh dan sombong, mengharapkan ilmu-ilmu yang tinggi dari guru tetapi akhlak kamu tidak mendatangkan kasih sayangnya padamu. Semakin tinggi kasih sayang guru padah muridnya, semakin tinggi limpahan yang ia perolehi melalui barakah dan doa. Jika seorang guru memandang muridnya dengan penuh kasi sayang, nescaya Allah memandannya dengan kasi sayang. Itulah yang dipesan oleh semua guru-guruku dan mereka yang mendalami ilmu Tasauf.

Amal bukannya boleh menyampaikan manusian kepada Allah, ia adalah wasilah. Yang menyampaikan manusia kepada-Nya ialah rahamt-Nya. Dia akan mengurniakan rahmat-Nya dengan beberapa perkara yang kita lakukan walaupun kita merasakan ianya perkara kecil sahaja. Begitu juga Dia menutup pitu hijab-Nya bila kita melakukan perkara yang kita anggap kecil. Kita beribadah dengan berkobar-kobar tetapi perkara yang kecil itulah yang menyebabkan kita tersangkut atau terhijab dengan Allah.

Berhati-hati dalam perjalanan menuntut ilmu, kerana pintunya adalahlah di tangan guru kamu. Tanpa tangannya yang membimbingmu, kamu tak akan tahu untuk menuju ke mana, kamu sangka kamu berada dalam kebaikan, padahal kamu sebenarnya boleh tersesat ke lembah hawa nafsu.

Bergitu ramai orang yang menjadi sombong,riak,ujub dan mazmumah dalam menempuh mencari ilmu,kerana ingin menjadi terkenal dan mempunyai niat peribadi tersendiri. Apabila mereka meninggalkan gurunya, mereka menyangka mereka tidak pelu kepada bimbingan sedangkan mereka adalah salik yang baru berada di tepi pantai, belum memasuki lagi lautan kerohanian yang bergelora.

Imam Abu Hanifa pernah satu ketika bergunting rambut. Tiba-tiba beliau bangun apabilah lalu seorang Yahudi di hadapinnya, lalu tukang gunting bertanya kepadanya kenapa? Dia memberitahuku ilmu untuk mengenal anjing betina dan jantan melalui cara kencingnya. Imam Abu Hanifah mengatakan beliau telah berlajar ilmu tersebut dengannya dan perlu menghormati dan memuliakannya. Satu ilmu sahaja yang diterima, kerana tinggi akhlaknya menyebabkan Imam Abu Hanifah memuliakannya.

Bandingkanlah dengan pengajaran yang kamu terima dari guru kamu sehigga kamu mengenal melangkah ataupun ilmu mengenal Allah SWT, Dia menarik dan memimpinmu siang dan malam, fikiran dan hatinya sentiasan berfikir untuk kebaikanmu dan merasa sedih jika kamu lalai dengan Allah,tangannya sentiasa menadah ke langit berdoa dan mengharapkan kebaikan untuk anak muridnya.

Dia menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang guru. Sudah menjadi kewajibannya untuk mendoakan segala muridnya agar selamat dari cobaan dunia, selamat iman, selamat menempuh cobaan dunia. Itulah tanggunjawabnya dan dia amat takut pada Allah dengan tanggunjawabnya. Setiap murid akan dipersoalkan di hadapan Allah. Ramainya murid bukannya satu keseronokan tertapi serperti memikul gunung yang berat. Jika dia menunaikan haknya pada kamu, alangkah buruknya kamu jika kamu tidak menunai hak kamu kepadanya.

Sabda Rasulullah SAW:


”Bukanlah dari kalangan umatku, siapa yang tidak menghormati orang tuanya, tidak belas kasihan yang kecilnya, dan mengakui hak terhadap si alimnya (guru).”
(Riwayat Ahmad , At-Tabarani dan Al-Hakim)

Masyarakat hari ini amat miskin dengan akhlak, budaya mencintai guru dan memuliakannnya sudah hampir hilang. Lihatlah di sekolah-sekolah, pusat pengajian tinggi dan institusi pendidikan lain, anak murid menerima ilmu tetapi mereka tidak berakhlak dengan guru. Mereka kadang- kala memarahi guru, tidak mematuhi arahan, menuturkan kata-kata yang tidak baik, jadi bagaimanahkah murid mengharap barakah yang dipelajari.

Tidak hairanlah hari ini,ramai orang cerdik pandai tetapi mempunyai akhlak yang teruk.Mereka terlibat dalam pelbagai kepincangan sosial.Ibu bapa kini juga tidak memuliakan guru sebagaimana orang-orang zaman dahulu.Masyarakat hari ini ialah masyarakat yang mencari kesalahan guru jika berlaku apa-apa pada anak mereka.Mereka tidak seperti orang dahulu meletakkan kesalahan pada anak mereka jika berlaku apa-apa.Guru tetap mereka pertahankan walaupun guru merotan anak mereka.Justeru amatlah berbeza orang dahulu dan orang sekarang dalam memperolehi ilmu.Orang dahulu menjadi manusia yang baik.Ilmu yang mereka perolehi menjadi sumber rezeki yang berkat.Apabila berjumpa dengan guru walaupun guru itu tidak mengenalinya,dia menegurnya dan bertanya khabar.Berbeza dengan murid di zaman sekarang,bila selisih jalan buat tak kenal sahaja.Inilah akibatnya apabila keimanan pada Allah SWT tidak kuat, konsep keberkatan dalam ilmu tidak diambil berat malah kadangkala dianggap tiada.

Berkah adalah suatu perkara yang amat ditekan dalam agama.Rezeki yang berkah,ilmu yang berkah, perkahwinan yang berkah, kerja yang berkah, semuanya adalah berkaitan dengan keTuhanan.Ilmu yang tiada berkah adalah Ilmu yang tidak ada hubungan dengan langit, Allah tidak merestuinya kerana ia tidak beradap dengan Guru, ia menyakiti atau menderhaka pada guru.Menderhaka kepada guru yang Haq boleh membawa kemurkaan Tuhan.

Nabi berpesan agar belajar sampai keNegeri Cina, pasti banyak rahsia yang boleh dipelajari dari kaum tersebut.Salah satu darinya ialah dalam hal menghormati guru yang dipanggil Sifu.Tidak kira apa pelajaran yang diajar sama ada ilmu masakan, perniagaan, Kung Fu dan sebagainya, mereka akan memuliakannya, mereka akan berkhidmat dan amat patuh dengan nasihat yang diberikan oleh Sifu mereka.

Dalam pendidikan sufi, perkara berkaitan dengan adab, ta’at, khidmat dan cinta pada guru amat ditekankan kerana ia berkaitan dengan rahsia limpahan kerohanian.Beramal dengan amalan sufi tetapi tidak beramal dengan adab-adabnya, tidak mendatangkan nahtijah yang baik malah boleh memberi kesan yang lebih bahaya kepada rohaninya.

Hasan Al-Basri berkata:
”Tidaklah dikatakan berilmu seorang itu jika tiada adab walaupun alim sekalipun.”

Rasulullah SAW bersabda:
”Pelajarilah ilmu pengetahuanitu, dan pelajarilah juga dengan ilmu ketenangan jiwa dan kerendahan diri, serta rendahkanlah diri kamu kepada orang yang mengajari kamu.
(At-Thabarani)

Imam Al-Ghazali pula pernah berkata:
”Ilmu itu tiada akan dicapai melainkan dengan merendah diri, dan mendengar baik-baik kepadanya.”

Memuliakan orang alim dan soleh merupakan amalan para sahabat, tabi’in dan para salafusoleh.Kasih sayang dan ingatan serta sikap menghargai guru perlu ditunjukkan dengan apa jua yang mampu kita lakukan.

WaLlahu’alam.


posted at 10/11/2009 08:25:00 AM by Razali Bin Hassan:: 0 comments: permalink


ARCHIVES

June 2006
July 2006
August 2006
September 2006
October 2006
January 2007
April 2007
May 2007
September 2007
October 2009

RECENT POSTS

Allah S.W.T. Maha Mengetahui
Kesejahteraan dan Keselamatan Hanyalah pada Allah ...
Yang Maha Kuasa
Jauhi Sikap Sombong
Amanah Seorang Pesilat
PERBUATAN ZAHIR DAN SUASANA HATI
UZLAH UNTUK MASUK KE MEDAN TAFAKUR.
IKHLAS ADALAH ROH IBADAH
BERPEGANG PADA MAKAM
Dari Wirid Lahir Warid

CREDITS

©Kembang Wali (Syabab Zuhuur Awliyak)

©Design by Websong

Powered by Blogger

 

TAGBOARD






Scrollbar By, CarrielynnesWorld.com