Kembang Wali (Syabab Zuhuur Awliyak)

 


ABOUT ME


Razali Bin Hassan
Singapore
Master of Pencak Silat Kembang Wali.
View my complete profile


LINKS

pencak silat
persisi
persilat
kidi
nur alhayat
hikam
al-risalah
istilah-istilah tasauf
suluk
martabat tujuh
sufi islam
yaya

 


June 29, 2006
Munajat Seorang Hamba


Ya Allah!
Kenapalah hati ini begitu keras untuk mengingati Mu?
Mungkinkah jiwaku sudah penuh dengan kekotoran?
Setiap hari aku Solat, membaca Al-Quran
tetapi aku tidak dapat merasai kenikmatan
Bagaimanakah akan aku tempuhi hidup ini?
Adakah jiwa ini akan dapat Engkau terima?
Ya Allah!
Janganlah Engkau tinggalkan aku
Janganlah Engkau biarkan jiwa ini ternoda dengan kemaksiatan
Apalah diri ini tanpa Mu
Aku begitulah lemah untuk mengharungi gelombang dunia ini...
Ya Allah!
Kasihanlah jiwaku yang kerdil ini
Aku sangat merindui belaian Mu.
Bantulah aku,Ya Allah!
Bantulah aku Ya Rabbi!
Lemparkanlah cahayaMu ke dalam jiwaku...
Ya Allah!
Apalah erti kehidupan ini tanpa kehadiran Mu
Apalah gunanya potensiku
Yang aku miliki tanpa rahmat Mu
Ya Allah!
Berikanlah petunjuk Mu kepadaku
Aku tahu behawa petunjukMu adalah mahal dan perluku bayar
Aku reda,Ya Allah.Engkau ambillah apa yang aku miliki
tetapi campakkanlah Nur Mu ke dalam jiwa ini....
Ya Allah!
Aku malu untuk berhadapan dengan Mu
Aku begitu kotor dan jijik
Riak,tamak,sombong,dengki telah membelenggu hidupku
Jiwaku lemas, setiap kali cuba mengingati Mu
Setiap kali juga jiwaku menghalang
Fikiranku berkecamuk
Ya Allah!
Hanya kepada engkau tempatku mengadu
Hanya kepada Mu tempat aku mencurahkan perasaanku
Kerana aku tahu hanya Engkau yang dapat membimbing jiwaku
yang kerdil ini
Maka bimbinglah aku Ya Allah
pimpinlah aku, pimpinlah aku
Pimpinlah akuuu...Ya Allah!
Kutipan dari kitab Bicara Hikmah
Mursyid Syaikh Haji Ibrahim Bin Haji Mohamad


posted at 6/29/2006 06:28:00 PM by Razali Bin Hassan:: 0 witty replies :: permalink

June 27, 2006
Zikir dan Fikir



Dalam Hadis Qudsi Allah berfirman:
"Hai anak Adam (manusia), apabila kamu ingat kepada-Ku, maka telah bersyukurlah kamu kepada-Ku.Dan jika kamu lupa kepada-Ku,maka telah ingkarlah kamu kepada-ku."

Firman Allah SWT:
"Orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring."
(Ali Imran:191)

Sabda Rasulullah SAW:
"Barangsiapa mencintai dan mengetahui manzilahnya di sisi Allah, maka hendaklah ia memperhatikan manzilah Allah di sisisnya.Dan bahawasanya Allah akan menepati tempat hamba-Nya yang menepati tempat-Nya."

Sebahagian dari keutamaan zikir ialah Allah sentiasa ingat kepada orang-orang yang berzikir.

Perhatikanlah firman-Nya:
"Maka ingatlah kamu kepada-Ku, nescaya Aku ingat kepadamu."

Seseorang tidak akan akan sampai kepada Allah, melainkan dengan banyak ingat kepada Allah dan berkekalan zikirnya sebagaimana firman Allah:

"Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (ingatlah kepada Allah), dengan zikir yang sebanyak-banyaknya."
(Al-Ahzab:41)

"Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut."
(Al-A'raf:205)

Orang-orang yang berzikir dengan ikhlas dan benar akan mendapat kedudukan yang tinggi di sisis Tuhan Al Malikul Hak.

Firman Allah dalam Hadis Qudsi:
"Aku duduk bersama dengan orang-orang yang menyebut nama-Ku."

Sabdanya yang lain:
"Setinggi-tinggi derajat hamba di sisi Allah pada hari kiamat adalah mereka yang berzikir dengan zikir yang banyak."

Sabdanya lagi:
"Zikir di waktu Subuh dan petang hari adalah lebih baik daripada memancung dengan pedang dalam perang fi sabilillah."

Sabdanya lagi:
Bahwa zikrullah adalah panji-panji iman, pelepasan daripada nifaq, pertahanan terhadap syaitan dan pemeliharaan dari api neraka."

Sabdanya lagi:
"Barangsiapa mengakhiri perkataannya dengan ucapan La Ilaha Illallah, nescaya masuk syurga."

Dikatakan zikir adalah lebih baik daripada fikir kerana Allah Taala itu disifatkan dengan ingat kepada-Nya (zikir) dan tidak dapat disifatkan dengan fikir.


posted at 6/27/2006 05:11:00 PM by Razali Bin Hassan:: 0 witty replies :: permalink


"Aku...aku...aku.....

Syarif Muhammad al-Baghdadi

Bersemadilah Dengan Tenang

Bersemadilah wahai kekasih Allah dengan tenang
Anak-anakmu kini
menghirup cahaya perjuanganmu
Engkau adalah lambang kesucian
Memilih jalan fakir
untuk berjumpa Tuhan
Engkau tidak suka kebesaran
Jiwamu sunyi dengan manusia
Jiwamu melayang di alam Tuhan
Nukilan:Abu Hubaib
Kg.Pulau Manis
Wahai anak-anak Kembang Wali aku ingin berpesan pada diriku dan juga kepada dirimu,dalam memperjuangkan dunia Pesilatan janganlah sekali-kali kita lupa pada diri.Kerana manusia bersifat adam (baharu) tidak kekal"munkinul wujud" bukan bersifat kekal"wajibul wujud".Yang maha kuat,berkuasa,berkehendak semua hanya milik Allah s.w.t.,Buanglah sifat keAkuan semoga kita terpelihara dari sifat sombong,bongkak,riak,ujub,sumaah dan dengki.
Pendekar dan serikandi yang sebenarnya adalah mereka yang dapat menundukan nafsunya.Mensucikannya dengaan zikirullah.
Setiap apa yang dilakukan hendaklah disertai dengan keikhlasan.Keikhlasan bukan mudah dicapai kerana ia bukan sekadar niat dihati sahaja.Ia hanya akan dicapai apabila setiap amalan dilakukan dalam keadaan musyahadah terhadap Allah,sehingga wujud dalam hati kesedaran bahwa setiap yang dilakuakan dengan izin Allah,dengan kehendak,daya kekuasaan dan Ilmu-Nya.Ia datang daripada Allah dan dilakukan semata-mata kerana Allah.
Sabda Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging bila ia baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya.Ketahuilah! Iaitulah kalbu(hati)."
Sabda Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jasad kamu dan tidak pula kepada rupa (zahir) kamu, tetapi Allah memandang kepada hati-hati kamu."
Bila hati telah bersih, akan lahirlah dengan sendiri sifat-sifat dan akhlak-akhlak luhur pada diri seseorang.Umpamanya,bagaimana seseorang boleh menzuhudkan diri sedangkan hatinya masih kotor dengan penyakit hubbud-dunya.(cinta dunia,pangkat dan derajat,ingin disanjung).Dari keterangan hadis Rasulullah SAW tadi dapatlah kita faham bahwa perbicaraan kemuncak asal usul manusia ialah hati (kalbu).
Hati itu juga dipanggil "hakikat keakuan"-aku itu aku ini,silat itu kepunyaan aku, aku kuat, aku pandai,aku.......aku."Aku" itulah sebenarnya hakikat insan.Dialah yang akan menerima hukuman pembalasan samada baik atau jahat di akhirat, dialah yang memerintah negara-negara besar di dunia ini........
Sabda Rasulullah SAW:
"Barangsiapa bertambah ilmunya padahal tiada bertambah hidayahnya, nescaya tidak bertambah ia melainkan makin jauh dari Allah."


posted at 6/27/2006 04:02:00 PM by Razali Bin Hassan:: 0 witty replies :: permalink

June 20, 2006
Kembang Wali


Selamat Datang Ke Blog
Pencak Silat Kembang Wali.

"Allahhuma inni as-aluka bisirriz-zati wabizati sirri, huwa anta wa-anta huwa, ihtajabtu binurillahi, wa-binuri 'arsyillahi, wa-bikullis-min lil-lahi, min 'aduwi wa-'aduwillahi, bimi-ati alfi la-haulawala quwata illa billahi.'

Segala puji bagi Allah atas limpahan rahmatNya kepada kita semua, selawat dan salam semoga dianugerahkan kepada Junjungan Nabi Muhammad s.a.w. serta kepada Ahlul Baitnya dan sahabat-sahabat dan semua pengikut-pengikut dan juga penerus cita-cita dan

perjuanganNya.

Syukur alhamdulillah dan kegembiraan yang tiada terhingga saya bermohon kepadaMu ya Allah dan keridhaanMulah yang sentiasa saya cari, semoga saya dapat mencapai Mahabbah serta makrifat kepadaMu.

Khas kepada salik- salik pengikut Tarikat Syathariah salasilah Syeikh Abdul Malik Abdullah (Tok Pulau Manis) yang di bawah pimpinan Mursyid Haji Ibrahim Bin Haji Mohamad,Kampung Pulau Manis serada Terengganu.Marilah kita berselawat Umi,Al-Fatehah kepada Junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
Tak lupa jua kuhadiahkan Al-Fateha
kepada kedua ibu dan bapaku yang telah kembali kepangkuan Allah s.w.t, juga kepada guru-guruku yang membimbing hingga aku berada ditempat yang Allah kehendaki
.
Terlebih dahulu ku inging mengucapkan ribuan terimakasih atas sokongan padu yang diberikan oleh isteriku yang tercinta hingga berjayanya Pencak Silat Kembang Wali berkembang hingga kehari ini.Tak lupa juga kepada kedua putera dan puteriku yang mengikut jejak langkah ku sama-sama ingin melihat Silat dikenali dimata dunia.
Angkat Adat genggam Adat,
Pelihara istiadat martabat MELAYU,
Demi kebenaran kita mengadap,
Untuk SATU tangan BERSATU.


posted at 6/20/2006 12:30:00 PM by Razali Bin Hassan:: 0 witty replies :: permalink


ARCHIVES

June 2006
July 2006
August 2006
September 2006
October 2006
January 2007
April 2007
May 2007
September 2007
October 2009

RECENT POSTS

ANTARA PRINSIP PENTING DALAM BERGURU
Allah S.W.T. Maha Mengetahui
Kesejahteraan dan Keselamatan Hanyalah pada Allah ...
Yang Maha Kuasa
Jauhi Sikap Sombong
Amanah Seorang Pesilat
PERBUATAN ZAHIR DAN SUASANA HATI
UZLAH UNTUK MASUK KE MEDAN TAFAKUR.
IKHLAS ADALAH ROH IBADAH
BERPEGANG PADA MAKAM

CREDITS

©Kembang Wali (Syabab Zuhuur Awliyak)

©Design by Websong

Powered by Blogger

 

TAGBOARD






Scrollbar By, CarrielynnesWorld.com