Kembang Wali (Syabab Zuhuur Awliyak)

 


ABOUT ME


Razali Bin Hassan
Singapore
Master of Pencak Silat Kembang Wali.
View my complete profile


LINKS

pencak silat
persisi
persilat
kidi
nur alhayat
hikam
al-risalah
istilah-istilah tasauf
suluk
martabat tujuh
sufi islam
yaya

 


October 11, 2009
Amanah Seorang Pesilat

Pesanan Dariku 1

Amanah Seorang pesilat


Segala puji bagi Allah s.w.t, pemelihara sekalian alam yang telah mengkhalakkan manusia sebagai khalak-Nya yang paling mulia.Dialah yang mengamanahkan manusia dengan suatu tanggung jawab menanggung rahsia diri Allah s.w.t serta tanggung jawab pula memakrifatkan kepadaNya. Sesungguhnya dengan penerimaan manusia akan amanah diri rahsia Allah s.w.t di alam ruh dahulu,maka manusia diletakkan ke taraf darjat khalak yang paling mulia.

Wahai anak-anakku pesilat Kembang Wali, sudah sampai masanya apabila setiap amanah yang disampaikan kepada muridnya, menandakan muridnya itu sudah mendapat kepercayaan guru untuk memikul sebuah tanggung jawab selama ini yang dipikul olehnya.Ibarat kata orang-orang tua, semua adunan dari benda-benda yang terpilih terbaik dan terpuji menghasilkan “pati” yang teragung,terbilang dan tersohor, itu yang sepatutnya.

Semoga sebagai pemegang amanah Kembang Wali anak-anakku dapat meneruskan perjuangan ini untuk anak bangsa, Negara dan agama. Walaupun sebagai manusia hanya boleh merancang dan mentadbir, manakala Tuhan jua yang mentakdirnya.Inilah fitrah kehidupan yang telah ditentukan oleh yang Maha Esa.Begitu juga anakku yang terpilih dalam meneruskan seni silat ini.Semuanya telah ditentukan oleh Nya.

Sebagai seorang pesilat bukan sahaja mahir dalam ilmu persilatan zahir semata-mata.Bahkan pesilat perlulah juga dibatinya mempunyai keperibadian yang mulia, jiwa yang bersih, hati yang tenang dan tenteram tetapi harus berusaha hingga mencapai martabat hakikat dan makrifat.Dari itu wahai anak-anakku pesilat Kembang Wali berapa penting dan mulianya proses mencari ilmu dan sekaligus betapa beruntungnya orang yang mempunyai ilmu.Maka itu timbalah ilmu wahai anakku hingga keakhir hayatmu.

Wahai anak-anakku sebagai pesilat janganlah sekali-kali kita sombong,hingga kita dihina dengan sikap sombong kita seperti yang difirmankan Allah s.w.t yang bermaksud:

”Akan dicampakkan ke dalam neraka jahanam dari golongan jin dan manusia yang mempunyai hati tidak memerhati,mempunyai mata tidak melihat,mempunyai telinga tidak mendengar.Mereka itu adalah binatang malah lebih hina dari binatang kerana mereka termasuk di dalam golongan yang lalai. (Al-A’raaf:179)

Dan Firmannya yang bermaksud:”Sesungguhnya binatang yang paling buruk disisi Allah ialah orang-orang yang ingkar kerana mereka tidak memiliki iman. (Al-Anfaal:55)

Kerana sombong itu adalah sikap mereka yang tidak beriman.Seseorang pesilat itu juga haruslah mengunakan ilmunya pada tempat yang betul dan selalu mengingati bahwa musuh yang sebenar bukanlah zahir terang-terangan tetapi musuh yang lebih besar itu berada di dalam hati sanubari kita iaitu nafsu yang selalu mengajak kita kepada kejahatan. Dari itu janganlah sekali-kali kita gelap mata dan terpedaya dengan apa sahaja permainan dan tipu helah dunia.


Nafsu itulah menjadi tunggangan kepada iblis dan syaitan.Sabda Rasulullah saw yan bermaksud;
”Di dalam tubuh manusia itu ada seketul darah,jika darah itu baik, maka baiklah manusia tersebut dan jika darahnya itu kotor, maka kotorlah manusia itu.Sesungguhnya ketulan darah itu ialah Qalbi” (Hadis Riwayat Bukhari)

Dalam Al-Qur’an Allah swt berfirman yang bermaksud;
”Sesungguhnya nafsu itu menyuruh kepada kejahatan,kecuali yang diberi rahmat oleh tuhanku” (Surah Yusuf:53)

Jika seseorang pesilat itu hanya mendalami setakat kepandaiaan dan kemahiran zahir persilatan sahaja maka ia gagal memahami konsep kependekaran sejati yang lebih besar dan mulia, yaitu daripada konsep “pandai akal” sepatutnya “pandai jiwa (bersih Qalbunya hati nurani)”.

Peribadi seseorang itu dipengaruhi oleh perubahan kesucian hatinya, perilaku mengikut tahap kesucian bahgian lampu(qalbu) makrifat yang mesti disucikan oleh setiap orang yang ingin memakrifatkan dirinya dengan penciptanya.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
”Dan kami jadikan atas (bahagian lampu Makrifat) hati mereka tertutup (darah hitam yang ghaib) sehingga mereka tidak mengerti akan dia dan pada telinga mereka pun ada tekanan (sumbatan). (Al-Israak:46)

Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud:
”Orang yang cerdik ialah orang yang dapat menakluk hawa nafsunya,dan melakukan amal sebagai bekalan sesudah mati,sedangkan orang yang lemah akal ialah orang yang mengikuti hawa nafsu,dan selalu berprasangka terhadap Allah” (Hadis)

Dengan sebab itulah kepandaian bagi pesilat yang mukmin itu adalah kepandaian berjuang dalam medan tempur yang lebih kecil tetapi sangat besar iaitu di dalam hati sanubarinya tempat bersarang hawa nafsunya.

Perjuangan inilah yang akan menyuci serta mengawal hawa nafsu dan emosi di dalam diri kita yang selalu mengagalkan kesempurnaan akal dan jiwa yang ikhlas lagi suci kepada Allah.Ianya akan menjauhkan kita dari sifat angkuh,riyak,ego dan sum’ah.Inilah sebesar-besar perjuangan.

Dalam satu peristiwa sejarah selepas berlakunya suatu peperangan di zaman Rasulullah saw,Banginda telah bersabda yang bermaksud;”Kita telah kembali daripada jihad yang kecil dan akan menghadapi jihad yang besar.Mereka bertanya;”Apakah yang dimaksudkan dengan jihad besar itu?Lalu banginda menjawab;”Jihad hati atau melawan nafsu” (Hadis Riwayat Al Baihaqi)

Pesilat yang sebenar lagi mukmin ialah yang tenggelam dan fana perasaannya iaitu hancur lebur batinnya dalam keagungan dan kebesaran Maha Pencipta sehingga jadilah Dia di dalam jiwa hambanya yang dilimpah dengan kurnia nur keimanan semata-mata.

Inilah sebenar hamba Allah yang mukmin.Firman Allah swt yang bermaksud;
”Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah mereka yang apabila disebut Allah bertambahlah iman mereka keranannya dan kepada Tuhanlah mereka bertawakkal” (Surah Al Anfal:2)

Ini dikuatkan lagi dengan sabda Rasulullah saw yang bermaksud;”Punca hikmah itu takut kepada Allah”(Hadis)

Takut kepada Allah itu adalah sebenar-benar keberanian bagi pesilat yang berpegang kepada haq dan tidak kepada hawa nafsunya.

Tanpa keberanian tiadalah kependekaran dan dengan takut kepada Allah maka pesilat akan mendapat sumber keberaniaan yang hebat menghadapi musuhnya (nafsu).

Ini berdasarkan hadis Rasulullah saw yang bermaksud:
Barang siapa takut kepada Allah,maka tiap sesuatu akan takut padanya.Dan siapa yang takut selain daripada Allah,maka akan dipertakutkan dia oleh Allah dari setiap sesuatu” (Hadis)

Sesungguhnya pegangan haq bagi pesilat yang mukmin hanyalah pegangan pada inti DUA KALIMAH SYAHADAH.Kalimah Tauhid ‘LAILAHAILLALLAH” yang bermaksud;Tiada Tuhan melainkan Allah”.

Ia merupakan iktiqad keesaan Allah dan hakikat kota pertahanan Allah yang kukuh dari sebarang ancaman yang boleh memberi kemudaratan dan keseksaan samaada di dunia ataupun di akhirat.

Kalimah “MUHAMMAD RASULULLAH” itu bermaksud”Muhamad pesuruh Allah”.Ia merupakan iktiqad kerasulan Nabi Muhammad s.a.w dan hakikat berpegang teguh pada jalan junjungan Nabi kita.

Dua kalimah inilah sebenarnya pakaian diri hamba-hamba Allah yang mukmin yang perpegang dengan yakin kalimah Tauhid dan Rasul.

Bagi pesilat mukmin sejati,tiadalah bersandar kepada kekuasaan yang lain selain daripada Allah Yang Maha Kuasa.Tiadalah gentar pesilat kepada selain Allah swt.Tiada makhluk apapun yang mampu menggangu atau mengugat terhadap hamba Allah yang sentiasa berada didalam kota pertahanan Allah.

Mereka inilah yang suci hati,tulus ikhlas dan benar-benar bertawakal kepada Allah s.w.t serta mendapat pertolonganNya.

Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuasaan Allah semata-mata.Sesungguhnya iblis dan bala tenteranya iaitu syaitan telah berjanji akan memperdayakan dan menyesatkan anak-anak bani Adam sampai hari kiamat sehingga berlakunya kemungkaran dan kerosakan pada umat manusia kecuali golongan yang sedikit.

Golongan yang sedikit inilah yang berada didalam naungan hakikat kota kebesaran dan keagungan kalimahNya.

Inilah jaminan Allah swt sebagaimana firmanNya dalam satu hadis Qudsi yang bermaksud;”Kalimah LAILLAHAILLALLAH adalah bentengku pertahannanku,dan barang siapa yang memasuki bentengku,ia aman dari seksaanKu” (Hadis Qudsi)

Segala sifat dan perbuatan diri pendekar semuannya terpimpin dalam keredhaan Allah.Jadilah pesilat itu seorang mukmin sejati yang patuh semata-mata kepada Allah sahaja.

Bukanlah kehebatan yang ingin dicari olen pesilat yang sejati tetapi hanya kesaksian yang nyata sebagai hamba Allah yang fakir.Inilah sehebat-hebatnya kesaktian iaitu tiada lain dan tidak bukan hanya ikhlas mentauhidkan Allah dengan sebenar-benarNya.Hanya hamba-hambaNya yang terpilih sahaja yang mencapai maqam ini yang dikatakan maqam tertinggi Ihsan.

Ia juga dikatakan sebagai martabat Insan Kamil.Inilah juga setinggi-tinggi ilmu dan sehalus-halus seni yang ada dalam seni silat yang mana tidak ramai orang yang menguasainya.Mereka yang teristimewa inilah tergolong di dalam golonggan orang-orang yang tinggi ketakwaanya kepada Allah seperti firmanNya yang bermaksud;Sesunggunya orang yang mulia di sisi Allah ialah orang yang mulia disisi kalangan kamu” (Surah Al Hujurat:13)

Fahamilah bahwa kesempurnaan seorang pesilat terletak pada keilmuan,amalan dan tingkah laku zahir dan batinnya.Dari itu peliharalah amanah yang mulia ini kerana pendekar mukmin akan berjalan diatas pimpinan agamaNya.Ingatlah agama bukanlah mainan yang boleh dijadikan alat,”apabila wangi dipakai,layu dibuang”.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:”Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada di dalam makam Amin. (Al-Jaatsiyah:51)

Inilah perjuangan Kyai Kangjeng Sunan Kali Jaga dan penerusnya,semoga Allah meredhai dan memberi kekuatan keatas kita, dan mencucuri rahmat keatas rohnya.Sekian Wassalam,Amin Ya Rabbal’alamin.


posted at 10/11/2009 07:44:00 AM by Razali Bin Hassan:: 0 comments: permalink


ARCHIVES

June 2006
July 2006
August 2006
September 2006
October 2006
January 2007
April 2007
May 2007
September 2007
October 2009

RECENT POSTS

PERBUATAN ZAHIR DAN SUASANA HATI
UZLAH UNTUK MASUK KE MEDAN TAFAKUR.
IKHLAS ADALAH ROH IBADAH
BERPEGANG PADA MAKAM
Dari Wirid Lahir Warid
TASAUF RASULULLAH SAW DAN MENGENAL DIRI
ALLAH HU ALLAH HU
Sifat 20
Tafakur Ilahiyah
Usul Ma'rifat

CREDITS

©Kembang Wali (Syabab Zuhuur Awliyak)

©Design by Websong

Powered by Blogger

 

TAGBOARD






Scrollbar By, CarrielynnesWorld.com