Kembang Wali (Syabab Zuhuur Awliyak)

 


ABOUT ME


Razali Bin Hassan
Singapore
Master of Pencak Silat Kembang Wali.
View my complete profile


LINKS

pencak silat
persisi
persilat
kidi
nur alhayat
hikam
al-risalah
istilah-istilah tasauf
suluk
martabat tujuh
sufi islam
yaya

 


June 27, 2006
"Aku...aku...aku.....

Syarif Muhammad al-Baghdadi

Bersemadilah Dengan Tenang

Bersemadilah wahai kekasih Allah dengan tenang
Anak-anakmu kini
menghirup cahaya perjuanganmu
Engkau adalah lambang kesucian
Memilih jalan fakir
untuk berjumpa Tuhan
Engkau tidak suka kebesaran
Jiwamu sunyi dengan manusia
Jiwamu melayang di alam Tuhan
Nukilan:Abu Hubaib
Kg.Pulau Manis
Wahai anak-anak Kembang Wali aku ingin berpesan pada diriku dan juga kepada dirimu,dalam memperjuangkan dunia Pesilatan janganlah sekali-kali kita lupa pada diri.Kerana manusia bersifat adam (baharu) tidak kekal"munkinul wujud" bukan bersifat kekal"wajibul wujud".Yang maha kuat,berkuasa,berkehendak semua hanya milik Allah s.w.t.,Buanglah sifat keAkuan semoga kita terpelihara dari sifat sombong,bongkak,riak,ujub,sumaah dan dengki.
Pendekar dan serikandi yang sebenarnya adalah mereka yang dapat menundukan nafsunya.Mensucikannya dengaan zikirullah.
Setiap apa yang dilakukan hendaklah disertai dengan keikhlasan.Keikhlasan bukan mudah dicapai kerana ia bukan sekadar niat dihati sahaja.Ia hanya akan dicapai apabila setiap amalan dilakukan dalam keadaan musyahadah terhadap Allah,sehingga wujud dalam hati kesedaran bahwa setiap yang dilakuakan dengan izin Allah,dengan kehendak,daya kekuasaan dan Ilmu-Nya.Ia datang daripada Allah dan dilakukan semata-mata kerana Allah.
Sabda Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging bila ia baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya.Ketahuilah! Iaitulah kalbu(hati)."
Sabda Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jasad kamu dan tidak pula kepada rupa (zahir) kamu, tetapi Allah memandang kepada hati-hati kamu."
Bila hati telah bersih, akan lahirlah dengan sendiri sifat-sifat dan akhlak-akhlak luhur pada diri seseorang.Umpamanya,bagaimana seseorang boleh menzuhudkan diri sedangkan hatinya masih kotor dengan penyakit hubbud-dunya.(cinta dunia,pangkat dan derajat,ingin disanjung).Dari keterangan hadis Rasulullah SAW tadi dapatlah kita faham bahwa perbicaraan kemuncak asal usul manusia ialah hati (kalbu).
Hati itu juga dipanggil "hakikat keakuan"-aku itu aku ini,silat itu kepunyaan aku, aku kuat, aku pandai,aku.......aku."Aku" itulah sebenarnya hakikat insan.Dialah yang akan menerima hukuman pembalasan samada baik atau jahat di akhirat, dialah yang memerintah negara-negara besar di dunia ini........
Sabda Rasulullah SAW:
"Barangsiapa bertambah ilmunya padahal tiada bertambah hidayahnya, nescaya tidak bertambah ia melainkan makin jauh dari Allah."


posted at 6/27/2006 04:02:00 PM by Razali Bin Hassan:: 0 comments: permalink


ARCHIVES

June 2006
July 2006
August 2006
September 2006
October 2006
January 2007
April 2007
May 2007
September 2007
October 2009

RECENT POSTS

Kembang Wali

CREDITS

©Kembang Wali (Syabab Zuhuur Awliyak)

©Design by Websong

Powered by Blogger

 

TAGBOARD






Scrollbar By, CarrielynnesWorld.com