|
August 13, 2006
Pesta Silat Kebangsaan 2006


Dengan namaMu, segala puji ku hadapkan padaMu, puji mana tak dapat ku hinggakan dengan pengucapkan lidahku.Selawat dan salamku ucapkan untuk rasulMu, nur segala cahaya nur, ain kecintaanMu, dan keluarga dan sahabat-sahabat rasulMu, bintang-bintang penyebar cahaya agamaMu.SubhanaAllah.
Ku pohon semoga Allah berkati dan lanjutkan usia pesilat-pesilat K.Wali dalam memberi perkhidmatan baik terhadap agama,bangsa dan negara.Tahniah ku ucapkan kepada pesilat yang memenangi dalam pertandingan Pesta Sukan Kebangsaan (PSK) :
-Syarifah Syaza Bte Syed Mokhsin yang mendapat pingat emas. -Muhammad Ali Dzulfiqar Bin Razali mendapat pingat perak. -Ahmad Ibrahim Bin Alpan Mansuri yang mendapat pingat perak. -Isfahani Bin Isnin yang mendapat pingat gangsa. -Siti Nadia Malisa Bte Jumat yang mendapat pingat gangsa.
Sujud syukur kepadamu Ya Allah atas apa yang telah kau anugerahkan kepada hambamu, Allah Hu Akhbar.Allah Hu Akhbar.Allah Hu Akhbar.....
Kepada pesilat Muhammad Fikri Bin Ramli,Muhammad Firdaus Bin Ramli,Nur Farhana Bte Ramli,Zunairi Bin Teruna,Muhammad Nur Hidayat Bin Abd Rahim terimalah ketentuan takdir dari Allah s.w.t .Lahaulawala kuwataillabilah hilaliyul azim.Semoga semangat perjuangan tetap membara dalam dirimu hingga bertemu di PSK pada tahun hadapan insyaAllah. Amin.
posted at 8/13/2006 07:26:00 PM by Razali Bin Hassan::

0 comments:
permalink
|
|
|