Kembang Wali (Syabab Zuhuur Awliyak)

 


ABOUT ME


Razali Bin Hassan
Singapore
Master of Pencak Silat Kembang Wali.
View my complete profile


LINKS

pencak silat
persisi
persilat
kidi
nur alhayat
hikam
al-risalah
istilah-istilah tasauf
suluk
martabat tujuh
sufi islam
yaya

 


August 07, 2006
Martabat Tujuh Bab 2

A'yan Kharijiyyah

Tentang a'yan kharijiyyah, katanya:

Dan adalah a'yan kharijiyyah itu martabat 'ubudiyyah, yakni kehambaan, dan adalah martabat ta'ayyun awwal dan ta'ayyun thani makam anbia' dan aktab [para wali kutub], yang dapat mawarinya (?) daripada mereka itu daripada kadarNya dan pada dapat ia pandangkan wahdah di dalam kathrah [pandang yang satu dalam yang banyak dalam pendangan kerohanian] ialah makam [atau darjah kerohanian] orang yang taraqqi [orang yang mendaki] yakni memandang Allah ta'ala di dalamk tiap-tiap sesuatu [bukannya secara erti hulul, seperti Tuhan 'meresap' ke dalam sesuatu, sebab Tuhan bukan benda], seperti kata ahli'Llah, 'ma ra'aitu shai'an illla wa ra'aitu'Llaha fihi': ertinya tiada aku pandangkan sesuatu merlainkan ku pandang Allah padanya'.Maka tiada menegahkan banyaknya itu [iaitu banyaknya dan pelbagainya makhluk itu] akan memandang keesaan Allah t'ala (folio 2B)

Dan dapat pula memandangkan 'kathrah' di dalam wahdah, yaitu makam orang yang tanazzul, yaitu memandang yang banyak yang ia segala [yang] baharu ini di dalam wahdah , yakni Tuhan yang esa.Maka tiadalah menegahkan bagi segala yang 'arif yang kamil mukammil [yang sempurna segi rohani dirinya dan boleh menyempurnakan orang] itu daripada menilik keduanya kerana kathrah itu tidak dapat tiada daripada wahdahnya, kerana tiada dapat istiqlal [yakni menjadi merdeka tersendiri] sendirinya sekali-kali, kerana keadaan wahdah itu mempunmyai sifat dan asma' dan af'al yang memnyabitkan athar Kodrat dan Iradah yang menyabitkan kathrah yaitu wujud segala alam.

Selepas itu, katanya tentang kata-kata ibn 'Arabi:

Maka apabila engkau faham daripada perkataan ini, engkauketahui pula akan kata-kata Imam al-'Arifin Saidi Muhyil-Din ibn al-'Arabi di dalam kitab Manazil al-Insaniyyah,demikian bunyinya: [dalam] syair: 'kunna hurufan 'aliyat (tak terang) ertinya: Telah adalah kita sekelian beberapa huruf yang amat tinggi [sebagai ilmu Tuhan yang kadim dan azali sebelum dicipta olehNya ala mini], belum lagi dijadikan akan kita dengan firmanNya 'kun', dan adalah kita muta'allaq [bergantung bersambung-sambung antara satu dengan lain tidak bercerai-cerai] dengan segala kita, yakni adalah segala makhluk itu adalah ia di dalam inkishaf Ilmu Tuhan kita [yakni kita berada dalam nyata Ilmu Tuhan kita], masing-masing, dan bercerai-cerai mahiyyahnya, dan itu adalah dalam kepala-kepala segala bukit, yakni kemuncak aku-engkau di dalamnya, dan kami dan engkau, dan engkau dan ia, dan sekelian pada 'huwa' itu Ia jua.

Lepas itu katanya;

Maka tanyai olehmu orang yang wasil [yang mencapai ma'rifat dan mengenal Tuhan sebenarnya], yakni orang yang sampai, maka dikehendaki oleh syaikh dengan katanya: Telah adalah kita sekelian beberapa huruf yang amat tinggi belum lagi dijadikan akan kita ini, yakni telah adalah kita pada azal beberapa haqa'iq ghaibiyyah [hakikat-hakikat yang ghaib] yang thabit sekelian kita di dalam ilmu hak ta'ala belum lagi kita dijadikan kerana adalah bagi tiap-tiap yang maujud (folio 3A)

Itu ada dengan 'mahiyyah' kejadiannya, dan adapun halnya dan martabatnya dan hukumnya dan adalah sekelian itu lagi di dalam ma'lum ilmu [Tuhan] yang kadim, dan dikehendaki dengan katanya 'dan adalah yang demikian itu di dalam kepala-kepala segala bukit', yakni di dalam ta'ayyun awal, yang dinamakan dia martabat wahdah yang ijmal yang terdahulu sebutnya,

Katanya lagi:

Dan yang dikehendaki dengan katanya 'aku engkau di dalamnya dan kami engkau dan engkau ia' itu, yakni daripada pihak ijmalnya belum lagi tafsil, tiada berbeza setengah daripada setenganya.Martabat itu tetapi aku itu aku jua dan engkau itu engkau jua dan ia ia jua, misalkan yang demikian itu dengan tiada tashbih, seperti air digugurkan ke dalam laut, maka tatkala itu adalah kita dapat membezakan dia daripada air laut maka kita kata air itu laut, dan laut itu air, tetapi yang laut itu laut juga dan air itu air jua, tiada dapat bertukar kerana adalah segala hakikat itu tiada dapat bertukar-tukar

Katanya lagi:

Dan taktkala nyatalah kita ingat akan air yang setitik itu sebab hairan kita daripada memandang laut maka tatkala itu dapat kita kata sekelian itu laut [dan janganlah pula terfikir dengan misalan ini bahawa Allah itu bersambung zatNya dengan zat kita, Allah adalah Allah, Tuhan kita, kita adalah makhluk ciptaanNya].

Katanya;

Dan dikehendaki dengan katanya:' dan sekeliannya pada 'huwa' itu ia jua yakni adalah sekelian pada martabat ahadiah daripada pihak tamsi [yakni terhapus dalam penyaksian batin serwaktu dalam pengelaman rohani yang berkenaan] yakni hapus di dalamnya ia jua, kerana nyata tiada menerima di sana lain daripada nama 'huwa' dan ia nama hadrat 'la shay' ma'ahu [tiada sesuatu denganNya, merujuk kepada hadith yang bermaksud, telah adalah Allah walhal tiada ada sesuatu berserta denganNya], dan segala hadrat yang dibawahNya [di bawah dari segi darjat hakikinya, 'ontologinya'] di namakan hadrat 'wa huwa ma'akum ainama kuntum' [Ia bersama dengan kamu di mana kamu berada], dan dikehendaki dengan katanya 'maka tanya olehmu akan orang yang wasil, yakni apabila [engkau ber]kehendak mengetahui demikian itu, maka tanya olehmu akan orang yang sampai pada pengetahuan itu, maka apabila engkau tanya akan dia nescaya diberinya jawab akan dikau daripada yang demikian itu.(folio.3B).

Seterusnya katanya, kita ini :

pada ta'ayyun awal yang ia hadrah 'alam ijmali, itu 'haqa'iq ghaibiyyah' namanya dan 'shu'un dhatiyyah' pun namanya, tiada membeza setengahnya daripada setengahnya daripada pihak ijmalnya.Dan adalah 'shu'un' itu pada hadrah ta'ayyun thani yang ia hadrat ilmu tafsil a'yan thabitah namanya; maka pada hadrat itu berbeza setengahnya daripada setengahnya.Maka manusia itu akan rupa manusia dan jin itu akan rupa jinnya dan malaikat akan rupa malaikatnya dan bumi itu dengan rupa buminya…masing-masing dengan kelakuan yang tertentu dengan dia pada hal tiadalah dapat dikatakan di sana yakni pada hadrat ta'ayyun thani itu aku engkau dan kami engkau daripada pihak ia sudah masing-masing dengan kelakuannya yang tertentu dengan dia dan adalah sekelian itu kadim darpada pihak ta'aluk ilmu kepadaNya (folio 4A).

Kemudian katanya berhubungan dengan hadrah ini, dengan membenarkan pengarang Tuhfah al-Mursalah dengan kenyataan:

Bermula jika dikata oleh seseorang aku engkau atau kami engkau ia atau sekelian itu ia serta dikehendakinya dengan katanya itu pada azalnya, yakni pada ta'ayyun awal daripada pihak ijmal di dalamnya dan dikehendakinya dengan katanya atau sekelian ia itu ahadiyah daripada pihak tamsi di dalamnya, maka itu benar dengan kata ini sayugianya kita ta'wilkan dan kita tanggungkan kata sahib 'Tuhfah al-Mursalah' wa amma min haithu al-haqiqah fal-kull wa huwa al-haqq' ertinya adapun daripada hakikat yakni asal, maka sekelian itu yaitu hak (folio 4A)


Seterusnya:

Maka tiada dapat kita ambilkan kepada zahirnya kerana zahirnya itu tempat tergelincir segalam orang yang awam; dan jika dikehendakinya dengan katanya aku engkau dan kami engkau itu sekarang kemudian daripada nyata sekeliannya ini nescaya tiadalah benar ke atasnya itu istimewa pula jikalau ia mengatakan sekeliannya ia mithal bila tashbih dengan dua mithal pertama seperti segala huruf yangh dua puluh delapan itu tatkala ia belum terb unyi di dalam da'wat adalah ia 'ain da'wat dan tatkala ia pada hujung kalam pun 'ain da'wah jua tatkala ia tersurat dalam lauh maka adalah ia lain daripada da'wat dan lain daripada kalam dan misal yang keduanya seperti ra[n]ting dan cawan[g] [yaitu dahan] dan segala daun maka tatkala terkandung sekelian itu di dalam biji daripada pihak lenyap yakni sekelian di dalamnya maka sekelian itu dapat dikatakan dia 'ain biji daripada pihak yang tersebut itu dan tatkala nyatalah sekelian itu masing-masing dengan ketentuannya maka yaitu lain daripada biji; dan jangan engkau sangkakan perkataan itu bahawa adalah sekelian itu dahulu daripada nyatanya 'ain biji yang kemudian berpindah ia kepada yang lain daripadanya maka yang demikian itu muhal (yaitu mustahil) adanya, hanya biji itu biji jua dan ra[n]ting itu ra[n]ting jua dan cawan[g] itu cawan[g]nya jua dan daun itu daun jua jikalau belum lagi keluar ia daripada biji sekalipun yang haqa'iq itu tiada dapat bercampur dan tiada dapat bertukar hanya yang dapat bertukar itu mithal yakni rupa jua seperti kata 'arifin 'al-'abdu 'abdun wa in taraqqa wa l-rabb rabbun wa in tanazzal, ertinya yang hamba itu hamba jua dan jikalau naik kepada itlak sekalipun dan Tuhan itu Tuhan jua dan jikalau 'turun' sekalipun pada pihak tajalli pada barang rupa yang dikehendakinya.Maka inilah dua mithal yang menghampirkan kepada faham kita mengetahui masalah 'ainiyah dan ghairiyyah . (Folio. 4B).

Kemudian katanya sebagai kesimpulan:

Dan hasil perkataan ini [ialah] bahawa alam ini atau segala perkara ini bukan ia sekali-kali kerana Hak Ta'ala dan bukan ia (fol.4B) lain daripadanya pula dengan lain yang mustakil [terpisah, terasing] sendirinya.Dan kerana inilah kaTa Syaikh Sadr al-Din Bawwani [?] khalifah Muhyi al-Din ibn al-'Arabi qaddasal'Llahu sirrahu hamba pada men[g]hikayatkan : Pandang orang yang sempurna ma'rifatnya dengan katanya wa ra'a nafsahu wa kulla shai'in min wajhi ghairi'l-Haqq wa min wajhi sha'nin wa min wajhi 'ainihi wa ra'al-Haqqa mir'atan yara minha tafasil ahwal 'ainihi kama yara 'ainahu mazhara wujudi'l-Haqq kullu dhalika fi anin wahidin: ertinya: Telah dilihat orang yang arif itu akan dirinya dan tiap-tiap sesuatu daripada sesuatu pihak lain daripada hak, dan pada sesuatu pihak pekerjaannya dilihatnya Hak Ta'ala itu cermin yang dilihat di dalamnya itu akan beberapa hal dirinya seperti ia melihat dirinya tempat nyata bagi wujud Hak Ta'ala maka adalah segala pandang yang demikian itu pada suatu masa jua.

Katanya:

Dan dikehendaki dengan katanya 'dirinya' itu tiap-tiap sesuatu; yaitu segala akwan [alam yang ada] ini daripada pihak suatu pihak yakni daripada pihak ta'ayyuun thani lain daripada Hak kerana sudah bermasing-masing kelakuannya yang tertentu dan jikalau ada ada ia kadim sekalipun kerana ia ibarat daripada ma'lum ilmuNya(fol.5A)Dan demikian seterusnya.

Seterusnya dalam hubungan dengan kenyataan 'melihjat dirinya tempat nyata bagi wujud Hak Taq'ala maka 'melihat Tuhannya itu di dalam dirinya' katanya: dan segala asma'Nya dan segala sifatNya dengan sekira-kira penerimaannya yakni I'tibar tajalliNya kerana adalah sekelian alam ini tajalli bagi keadaan wujudNya ; maka adalah tiap-tiap tajalliNya itu dapat menyatakan seperti u[m]pama cermin yang dilihatkan bagi dirinya dan lagi adalah difaham daripada kalam ini me[ng]isyaratkan pula akan dua makam, yang pertamanya itu katanya 'dilihat akan Hak ta'ala cermin yang menyatakan tafsil hal dirinya itu pandang kathrah di dalam wahdah yang dimithalkan oleh setengah 'arifin seperti biji korma maka dipandangkan pada bijinya itu akan pohonnya dan pelepahnya dan bunganya dan buahnya sekelian [itu] lengkap pada bijinya; dan pada katanya 'seperti melihat dirinya itu tempat nyata bagi wujud Hak' me[ng]isyaratkan pada makam pandang wahdah di dalam kathrah, yakni seperti ia memandang kepada buahnya dan pada bunganya dan pada pelepahnya dan batangnya itu akan bijinya.Maka nyatalah daripada kata Sadr al-Din radiya'Llahu 'anhu bahawa alam dan segala perkara itu tiada ada 'ain sekali-kali dan tiada ada ghair [sifat sebagai lain daripada Tuhan] yang mustaqil [terbebas terasing daripada Tuhan] sekali-kali; dan thabit 'ain pun ada dan thabit ghair pun ada(fol.5B). Diikuti dengan kenyataan tertkenal 'man 'arafa nafsahu faqad 'arafa Rabbahu'

Kemudian beliau menyebut hadith 'kana Allah wa la shay' ma'ahu' wa Huwa al-ana kama kana 'alaihi [ertinya] Adalah Allah taala dan tiada ada suatu sertaNya dan yaitu sekarang seperti barang keadaan atasnya maka diketahuinya daripada hadith ini (fol.5B) [bahawa] segala akwan [alam yang ada] ini tiadalah pada akikatnya yang sebenar-benar dan yang ada itu Tuhan yang maujud yang sebenar-benarnya kerana adalah diri hamba dan segala perkara hapus di dalam hadithnya.(fol.6A).

Kemudian ia menyebut kenyataan Syaikh Ahmad al-Qushashi rh 'al-wujud wahidun bi al-dhati' wa muta'addidun bil-nasabi wa al-idafat ertinya : yang maujud itu esa dengan zatnya dan yang berbilang-bilang itu segala bangsanya dan segala sandarannya jua.Wallahu a'lam.(fol.5B).

Katanya lagi:

Adapun kemudian daripada zuhurnya [yaitu zahirnya] dan ta'ayyunnya maka tiada dikatakan sekelian itu Hak, dan dikatakanm Hak itu Hak dan hamba itu hamba; dan kerana inilah dinamakan kemudian pada zuhurnya dan ta'ayyunnya dengan 'Al-Awwalu wa al-Akhiru wa al-Zahiru wa al-Batinu" dan adalah ia awal dengan nisbah kepada zuhurnya sebab shu'unnya dan af'alnya dan ahkamnya jua bukan nisbah pada zatNya kerana zatnya itu tiada baginya awal dan Ialah yang akhir dengan nisbah kembali segala pekerjaan kepadaNya jua tiada ZatNya itu kesudahan dan adalah ia zahir dengan nisbah kepada segala kalbu yang kamil lagi wasil [yang sempurna dan sampai kepada ma'rifat Tuhan yang sebenarnya]dan adalah ia yang batin dengan nisbah kepada segala kalbu kafir lagi jahil, dan adalah ia zahir pada 'ain [mata batin] dan batin pada 'ain zahirnya dan awal pada 'ain zahirnya dan awal pada 'ain akhirnya dan akhir ia pada 'ain awalnya (fol.6B).

Katanya lagi:

Dan adalah ia muhit yakni meliputi pada awal dan akhir pada zahirnya dan batin seperti firman Allah:

Yakni bahawa Allah yang meliputi daripada segala makhluk ; demikianlah disebut oleh Syaikh Nur al-Din [al-Raniri] di dalam kitabnya Jauhar al-'Ulum . (fol.7A).



Alam Arwah:

Katanya berkenaan dengan martabat ke empat alam arwah ini:

Martabat alam arwah, yaitu alam segala nyawa dan yaitu ibarat daripada beberapa perkara kauniyyah yakni yang masuk di bawah kalimah 'kun' yang keluar daripada pekerjaan Tuhan dengan tiada pertengahan dan perantaraan lagi mujarrad yakni yang sunyi daripada berkening [yakni bersifat] dengan tabi'at [alam tabi'i] lagi basitiah [yakni zat-zat bukan benda] yang tiada bersusun padanya yang nyata ia atas segala zatnya .Maka mengenal dirinya dan dikenal setengahnya akan setengahnya, dan atas segala u[m]pamanya .Maka adalah yang pertama-tama yang dijadikan Allah ta'ala Nur Nabi Muhammad salla'llahu 'alaihi wa sallam daripada NurNya, yakni dijadikan Nur Muhammad itu dengan Nur Tuhannya bukan ia setengah daripada nur Allah, kerana adalah setengah daripada asma' Allah itu Nur sesperti firman Allah Ta'ala:

Bermula Allah ta'ala menerangkan tujkuh petala langit dan bumi. [Surah al-Nur.35]Maka dinamakan Nabi kita pun nur pula seperti firmanNya

"Sesungguhnya telah datangkan kemu daripada Allah nur", yaitu Muhammad kerana adalah difahamkan oleh setengah orang yang jahil itu bermula Muhammad itu daripada Nur Allah maka zahirlah salahnya jadi Muhammad setengah daripada Allah subhanahu wa ta'ala.Ta'ala Allah 'an dhalika 'uluwwan kabira daripada yang disifat oleh zalimun .

kemudian maka dijadikan daripada Nur Nabi kita akan arwah segala anbia' dan mursalin dan segala mukminin .Maka adalah ruh nabi kita asal al-arwah , sebab itulah dinamai akan dia mazhar al-atamm dengan sebab itulah jadi [ia] khatam al-nabiyyin wa sayyid al-mursalin wa rahmatan lil-'alamin.Maka adalah nabi kita itu kenyataan yang sempurna bagi asma' Allah dan sifatNya, maka ialah yang memerintahkan pada alam kabir dan alam saghir [alam kabir alam yang kelihatan ini alam saghir adalam manusia].(fol.7A).(Perbincangan tentang 'Nur Muhammad" ada disediakanh oleh penulis ini, dan ia boleh diakses dalam laman web: http://www.geocities.com/traditionalislam/-di bawah tajuk: "Konsep Nur Muhammad di Dunia Melayu Dalam Konteks Wacana Sunni" dengan pemaparan nas-nasnya, untuk pertimbangan mereka yang mahir di dalamnya.-penulis).

Bersambung Bab ke3


posted at 8/07/2006 06:18:00 PM by Razali Bin Hassan:: 0 comments: permalink


ARCHIVES

June 2006
July 2006
August 2006
September 2006
October 2006
January 2007
April 2007
May 2007
September 2007
October 2009

RECENT POSTS

Martabat Tujuh Bab 1
cermin diri sendiri
Manusia bangkit dari kubur dalam 12 barisan
Tanda-tanda hari kiamat
Tanda-2 kematian untuk orang islam
4 Golongan Lelaki
10 JENIS SOLAT YG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH
12 sifat SAHABAT
Lima perkara yang mesti disegerakan
Adab Menguap

CREDITS

©Kembang Wali (Syabab Zuhuur Awliyak)

©Design by Websong

Powered by Blogger

 

TAGBOARD






Scrollbar By, CarrielynnesWorld.com