Kembang Wali (Syabab Zuhuur Awliyak)

 


ABOUT ME


Razali Bin Hassan
Singapore
Master of Pencak Silat Kembang Wali.
View my complete profile


LINKS

pencak silat
persisi
persilat
kidi
nur alhayat
hikam
al-risalah
istilah-istilah tasauf
suluk
martabat tujuh
sufi islam
yaya

 


September 15, 2006
Kasih Rasulullah saw


Tajuk ini berhubung dengan permasalahan aqidah atau keyakinan kita kepada Allah swt dan Rasulullah saw. Sekiranya cacat aqidah ini maka cacatlah iman kita apabila kembali kepada Allah swt kelak. Jika sempurna aqidah ini, sempurnalah iman kita di dunia dan di akhirat.

SIRAH BERHUBUNG DENGAN KASIH RASULULLAH SAW
Satu ketika, Rasulullah saw meminta supaya seorang sahabatnya yang menjadi tukang kayu menyediakan sebuah mimbar baru. Mimbar lama dibuat daripada batang kurma yang dikerat. Ketika Nabi saw hendak berucap atau berkhutbah Baginda akan berdiri di atas batang kurma tersebut.

Setelah siap mimbar baru, lalu dibawalah kepada Nabi Muhammad saw. Sebelum sempat Nabi memijak mimbar yang baru, Nabi saw telah terdengar mimbar lama menangis. Lalu Nabi saw meletakkan tangannya yang mulia itu ke atas mimbar lama itu, barulah mimbar lama itu berhenti menangis. Seolah-olah mimbar lama dapat merasakan khidmatnya tidak diperlukan lagi kerana telah ada pengganti mimbar yang baru. Sebab itulah disebutkan di dalam Al-Quran, maksudnya :

Tidak Kami utuskan engkau, wahai Muhammad kecuali sebagai pembawa Rahmat ke seluruh alam.

Hatta kayu yang mati pun dapat merasai rahmat dengan kedatangan dan risalah yang di bawa oleh Nabi Muhammad Rasulullah saw.

Satu ketika Nabi saw berdoa supaya Allah swt memperbanyakkan makanan untuk memberi makan kepada 80 orang sahabatnya kerana biji-bijian yang ada untuk dibuat makanan hanyalah sekadar dua cupak sahaja. Doa itu dimakbulkan oleh Allah swt, lalu sahabat-sahabat mendapat makanan secukupnya.
Rasulullah saw berada bersama-sama sahabat pada hari Hudaibiyah iaitu hari orang-orang Islam ditahan daripada memasuki Makkah untuk melakukan Umrah. Oleh itu sahabat-sahabat berhenti di Hudaibiyah kerana dahaga. Selepas diberitahu bekalan air sudah kehabisan, Nabi meminta supaya dibawa sebuah bekas kepadanya. Nabi meletakkan tangannya dalam bekas itu. Kemudian air pun keluar daripada celah-celah jari Nabi seperti mata air. Lalu sahabat-sahabat pun minum dan berwudhu dengan air daripada tangan Rasul saw. Bilangan mereka kira-kira 1,500 orang.

Untuk mengasihi Nabi saw kita perlu mengenalinya terlebih dahulu. Antaranya ialah:
:-Siapakah Rasulullah saw?
:-Keturunan atau nasabnya
:-Sifat-sifat Baginda
:-Mujizatnya
:-Beriman dengan Nabi Saw
:-Hukum mengikut Nabi saw
:-Perintah dan tegahan Nabi Muhammad Saw
:-Ke manakah Rasulullah saw memimpin kita?
:-Hukum mengasihi dan mentaatinya.
:-Kita mengetahui bahawa Nabi adalah orang Arab Quraisy, bernama Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim sampai nasabnya kepada Nabi Ismail AS iaitu putra Saidina Ibrahim AS. Bonda Nabi Muhammad bernama Aminah bt Wahab.

SIFAT NABI MUHAMMAD SAW
Nabi Muhammad saw merupakan makhluk Allah swt yang paling sempurna sifatnya dan paling utama dari segi kecerdikan. Beliau adalah pilihan Allah swt daripada jutaan manusia yang dijemput datang ke dunia ini. Baginda adalah Rasul yang terakhir. Bagindalah antara makhluk Allah swt yang dianugerahkan beberapa keistimewaan dari segi kecerdikan serta sifat-sifat wajib bagi Nabi iaitu jujur, siddiq, amanah dan tabligh. Selain itu Rasulullah SAW juga memiliki mukjizat serta dibekalkan dengan wahyu Ilahi. Jika hendak dibezakan Nabi dengan manusia di dunia ini jauhnya bagai langit dan bumi. Oleh itu apa yang ditentukan oleh Rasulullah saw, jika bercanggah dengan ketentuan manusia, yang bercanggah itu akan gugur.

Dengan memiliki perkara-perkara di atas, akan timbul rasa kasih kepada Nabi, yang mana ini akan menyekatkan kita daripada tenggelam dalam lautan hawa nafsu, serta jauh daripada gangguan-gangguan syaitan. Surah AlAnAm ayat 153 bermaksud :
Inilah satu-satunya jalanku yang lurus (iaitu Islam) maka hendaklah kamu mengikutinya. Jangan mengikuti jalan-jalan lain, nescaya kamu akan berpecah daripada jalan Allah. Yang demikian itu telah diwasiatkan oleh Allah kepada kamu supaya kamu bertaqwa

Ini pesanan Allah swt kepada kita. Sahabat-sahabat dahulu, mereka menjadi sebaik-baik umat adalah kerana besarnya kasih mereka kepada Rasulullah saw. Mereka intizam dengan syarak, mereka merasa hidup senang susah bersama-sama Rasulullah saw. Kehidupan mereka semua sekali mengikut contoh Rasulullah saw. Oleh itu kita juga boleh mendapat kasih yang sebegitu sekiranya kita lihat contoh para sahabat, bagaimana mereka hidup bersama-sama Rasullullah saw. Bagaimana mereka melaksanakan kerja-kerja dakwah. Sebab itu hanya beberapa orang sahabat-sahabat Nabi (lelaki) - dikebumikan di Madinatul Munawarah, yang lain-lain di serata tempat di dunia.


posted at 9/15/2006 03:12:00 PM by Razali Bin Hassan:: 0 comments: permalink


ARCHIVES

June 2006
July 2006
August 2006
September 2006
October 2006
January 2007
April 2007
May 2007
September 2007
October 2009

RECENT POSTS

Mursyid dan Tarikah
Wasilah
Ihsan
Bab Pertama: Sekilas Tasauf
Bab Ke Dua: Kesaksian Ulama
Bab Ke Tiga: Tasauf dalam Islam
Bab Ke Empat: Tasauf dan Syariat
Bab ke Lima: Tasauf dan Hakikat
Bab ke Enam: Tasauf dan Makrifat
Hati itu Hijab

CREDITS

©Kembang Wali (Syabab Zuhuur Awliyak)

©Design by Websong

Powered by Blogger

 

TAGBOARD






Scrollbar By, CarrielynnesWorld.com