Kembang Wali (Syabab Zuhuur Awliyak)

 


ABOUT ME


Razali Bin Hassan
Singapore
Master of Pencak Silat Kembang Wali.
View my complete profile


LINKS

pencak silat
persisi
persilat
kidi
nur alhayat
hikam
al-risalah
istilah-istilah tasauf
suluk
martabat tujuh
sufi islam
yaya

 


August 01, 2006
KALIMAH-(LAILAHA ILLALLAH) Bab Pertama:


KALIMAH- (LA ILAHA ILLALLAH) Bab Pertama:

Soalan:
Pada hakikat apakah makna La ilaha illallah?

Jawapan:
Makna kalimah La ilaha illallah itu pada hakikatnya ialah:

Ertinya:Tidak ada yang kaya daripada tiap-tiap yang lain tiap-tiap yang lain memerlukan-Nya (Allah Taala), melainkan Allah Taala yang kaya daripada tiap-tiap yang lain dan tiap-tiap yang lain memerlukan-Nya.

Soalan:
Ada berapa martabat yang terdapat pada orang yang mengucap kalimah La ilaha illallah?

Jawapan:
Orang yang mengucapkan kalimah La ilaha illallah itu ada tiga martabat, iaitu:

1) Martabat orang mubtadi (permulaan)-orang awam.
2) Martabat orang mutawasid (pertengahan)-para murid.
3) Martabat orang muntaha (perhentian)-orang arif.

Soalan:
Apakah perbezaan ketiga-tiga orang itu?

JAWAPAN:
1)Orang mubtadi itu ialah orang yang memandang daripada dirinya kepada Allah Taala dan maknanya kepada dirinya iaitu La ma bud bihaqqin illallah;ertinya, tidak ada sesiapapun yang wajib disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah.Martabat ini syirik semata-mata.

2)Orang mutawasid ialah orang yang memandang daripada Allah Taala kepada dirinya dan maknanya pun kepada dirinya iaitu la matlub bihaqqiqin illallah ertinya; tidak ada sesiapa pun yang boleh dituntut dengan sebenar-benarnya melainkan Allah.Martabat ini juga syirik tetapi syirik halus yang lebih halus daripada martabat mubtadi kerana ada wujud dirinya:
Sabda Nabi s.a.w:

Ertinya:Wujudmu itu berdoa,tidak ada kias bagiNya untuk yang lain.

3)Orang muntaha ialah orang yang memandang daripada Allah Taala dan maknya pun kepada Allah Taala iaitu la maujud bihaqqin illallah;ertinya, tidak ada yang wujud di sekalian alam ini dengan sebenar-benarnya melainkan Allah Taala.Martabat ini terlepas daripada syirik halus.
Soalan:
Apakah perjanjian yang terkandung dalam kalimah La illaha illallah?

Jawapan:
Perjanjian yang ada dalam kalimah La ilaha illallah ialah mengandungi naïf dan isbat yang tiada bercerai dan tidak bersekutu.

Soalan:
Isyarat kalimah La ilaha itu kepada apa?
Isyarat kalimah illallah itu pula kepada apa?

Jawapan:
Isyarat kalaimah La illaha itu kepada kewujudan makhluk.
Isyarat kalimah illallah itu pula kepada kewujudan yang qadim.

Soalan:
Bagaimana hendak memasukan Iman,Islam,Tauhid dan Makrifat ke dalam kalimah La illaha illallah?

Jawapan:
Iman,Islam,Tauhid dan makrifat boleh dibahagikan kepada dua bahagian kerana tidak sah Islam itu melainkan dengan iman.Tidak sah iman melainkan dengan makrifat.
Kalimah La ilaha itu kalimah tauhid.
Kalimah illallah itu pula kalimah makrifat.

Bersambung bab kedua NAFI DAN ISBAT:


posted at 8/01/2006 10:41:00 AM by Razali Bin Hassan:: 0 comments: permalink


ARCHIVES

June 2006
July 2006
August 2006
September 2006
October 2006
January 2007
April 2007
May 2007
September 2007
October 2009

RECENT POSTS

3) Fana (Tidak Sedarkan Diri)
2) Makrifat Allah Tala
1) Ilmu Laduni (Ilham)
Mengenal Diri
Meneroka Rahsia Diri
Tauhidus Sifat Bab Ketiga:
Wahai Diri
Usaha Dan Akal
Mengenal Diri Mengenal Allah
Tauhidul Asma (Ke-Esa'an Nama Allah s.w.t.) Bab Ke...

CREDITS

©Kembang Wali (Syabab Zuhuur Awliyak)

©Design by Websong

Powered by Blogger

 

TAGBOARD






Scrollbar By, CarrielynnesWorld.com