|
July 24, 2006
1) Ilmu Laduni (Ilham)

Ilmu Laduni (Ilham)
Amalan ini adalah jalan untuk mengetahuai kaifiatnya dan amalan itu sebagai jalan yang menyampaikannya kepada Ilmu Laduni.Seperti firman Allah Taala:
Ertinya:”Dan bertaqwalah kepada Allah,Allah mengajar kamu.(Surah Al-Baqarah:282)
Tafsirannya: Takutlah kepada Allah Taala iaitu amalkan dan kerjakanlah segala suruhan, dan jauhkan dan tinggalkanlah segala larangannya, nescaya Allah Taala menganugerahi hati hamba-Nya yang takutkan-Nya tanpa mengaji dan belajar pada makhluk.Dan lagi sabda Nabi s.a.w.
Ertinya:Barangsiapa mengamalkan ilmu yang diketahuinya nescaya Allah Taala mempusakakannya dengan ilmu yang tidak diketahuinya.
Iaitu Allah Taala menganugerahkan ilmu laduni tanpa susuah payah belajar untuk mendapatkannya dan ilmu laduni ini adalah jalan untuk menyampaikan seseorang hamba-Nya kepada makrifat Allah Taala.Hal ini demikian kerana sesungguhnya Makrifat itu tidak akan terhasil melainkan dengan ilmu laduni.
posted at 7/24/2006 07:58:00 PM by Razali Bin Hassan::

0 comments:
permalink
|
|
|